Seramai 18 orang Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) KEMAS
Parlimen Padang Rengas telah hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah
KEMAS Negeri Perak. Taklimat yang telah diadakan pada 8 April 2014
bertempat di Pejabat KEMAS Parlimen Padang Rengas ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi tugas-tugas PPMS.
Walaupun perjumpaan ini merupakan perjumpan yang singkat serta ringkas tetapi ia telah berjaya mewujudkan hubungan komunikasi dua hala dan secara tidak lansung objektif serta hasrat yang ingin di sampaikan oleh Tuan Pengarah KEMAS melalui majlis perjumpaan ini berjaya dicapai.