Khamis, 17 April 2014

SEPETANG BERSAMA PENGARAH KEMAS NEGERI PERAK


Seramai 18 orang Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) KEMAS Parlimen Padang Rengas telah hadir ke sesi perjumpaan bersama Pengarah KEMAS Negeri Perak. Taklimat yang telah diadakan pada 8 April 2014 bertempat di Pejabat KEMAS Parlimen Padang Rengas ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi tugas-tugas PPMS. 


Walaupun perjumpaan ini merupakan perjumpan yang singkat serta ringkas tetapi ia telah berjaya mewujudkan hubungan komunikasi dua hala dan secara tidak lansung objektif serta hasrat yang ingin di sampaikan oleh Tuan Pengarah KEMAS melalui majlis perjumpaan ini berjaya dicapai.




Selasa, 1 April 2014

KEMERIAHAN SAMBUTAN 1 MALAYSIA CLEAN, 1 MALAYSIA GREEN


12 Januari 2014, Padang Rengas, KEMAS Parlimen Padang Rengas bersama-sama telah menjayakan program 1 MALAYSIA CLEAN, 1 MALAYSIA GREEN yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Persatuan Keretapi Tanah Melayu (RTAM).





Seramai 200 orang kanak-kanak Kemas Parlimen Padang Rengas telah menyertai pertandingan tampalan Kolaj bersama penjaga yang turut mengiring kanak-kanak yang terlibat. 











Penyertaan yang menggalakkan ini telah menyemarakkan lagi suasana memorial di Victoria Bridge Seberang Karai.  Selain itu, seramai 11 orang kanak-kanak terpilih untuk membuat persembahan sketsa pelbagai kaum bagi menyempurnakan acara kemuncak. Dengan tema "kenduri ala-ala kampung" telah menarik minat ramai pelancong dan penduduk tempatan bagi memeriahkan lagi program ini. 






Jutaan tahniah kepada KEMAS Daerah Kuala Kangsar khususnya KEMAS Parlimen Padang Rengas kerana telah berjaya bekerjasama dalam program ini.  Seharusnya program sebegini bolehlah dimasukan ke dalam kalender Aktiviti Pelancongan sebagai salah satu tarikan kepada pelancong yang ke negeri Perak setiap tahun.